Dilarang memberi makanan kepada haiwan di sini...


Friday, October 9, 2009

Nilai sebuah blog: USD 300 juta!!!



Haha, biar betik....

Blog ini bernilai $312,857,143.17, aaaaaaaa............... (speechleess).

Blog yang tak update ni pun ada nilai, apakah ini?

Adakah ini bayangan gurauan.....


Tidak percaya? Saya lagi tidak percaya. Tapi cuba klik di sini
cubestat.com ...


Mungkin ada error kot.


Apapun kalau anda bosan boleh la bermain-main dengan
cubestat.com dan agak-agaknya berapakah nilai blog anda ye?




Gembala: Post pakcik di kala kebosanan



Wednesday, September 16, 2009

Sucikan Jiwamu

Ramadhan ini sering kita diberikan peringatan tentang kelebihan Ramadhan, keistimewaan puasa, peritiwa penurunan al-Quran dan malam Lailatul Qadar tidak kira la waktu tazkirah lepas solat tarawikh, khutbah mahupun artikel-artikel yang dibaca.

Jangan juga kita lupa 1 perkara yang amat sinonim dengan bulan Ramadhan ini.
Apakah dia perkara itu?

Kalau jawapan yang diberikan ialah bazar Ramadhan dan Moreh, anda memang tepat. Bulan lain mana ada, ye tak? Inilah keistimewaan Ramadhan....

Sebenarnya bukanlah bazar Ramadhan yang ingin disentuh di sini. Jujur saya mengatakan dalam 25 hari kita berpuasa, hanya sekali sahaja saya ke bazar Ramadhan. Jadi tidaklah molek kiranya untuk nukilkan tentang bazar Ramadhan ni. Kalau nak tahu sangat bazar mana yang best tontonlah Shamsul@ bazaar ramadhan setiap petang kat TV3.



Ramadhan seperti mana yang kita maklum, dikaitkan dengan kewajipan berzakat terutamanya Zakat Fitrah. Zakat berasal dari perkataan tazkiyah atau dalam bahasa 1malaysianya
penyucian jiwa. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah At-taubah, ayat 103:

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan akhlak mereka dari (akhlak yang buruk).


Menurut Syeikh Mustafa Masyhur di dalam bukunya Zaad ala at-thariq atau Bekalan di Jalan Da'wah; zakat, sedekah dan infaq adalah pengabdian dan pendekatan diri kepada Allah lantaran manusia ini secara fitrahnya mencintai harta dan ingin memiliki segalanya. Rasullullah SAW sendiri bersabda mengenai sifat manusia, sabdanya:


Jikalau seorang anak Adam memiliki satu lembah emas nescaya ia inginkan satu lembah yang lain pula. Pandangan mata anak Adam tidak dipenuhi melainkan dengan tanah.

Seorang Muslim memandang harta sebagai wasilah atau pun jalan yang digunakan untk mentaaati Allah bukanlah sebagai matlamat kehidupan. Harta di tangan kita digunakan untuk membantu kita, janganlah ia sampai meresap ke dalam hati, memperdaya kita agar dihimpunkan, dijaga dan dikembangkan sehingga tiada apa yang difikirkan selain harta. Allah mengeji sifat cintakan harta di dalam Surah al-Humazah,

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya......




Justeru Zakat difardhukan untuk melatih jiwa mengalahkan rasa cinta terhadap harta. Zakat mengajar seorang muslim bahawa kadar rezeki seseorang tidak sama. Semuanya adalah ketentuan takdir Allah kerana suatu hikmah yang Allah lebih ketahui rahsianya.

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakinya dan (Allah) juga menyempitkannya..
(Al-Ra'd: Ayat 26)

Ada saudara-saudara kita yang dilahirkan mewah dengan harta; ada yang miskin ketika lahir, tetapi kaya kerana takdir Allah; ada yang binbo (miskin dalam bahasa Jepun) sehingga ke akhir hayat; ada yang sederhana saja kehidupannya, tidaklah mewah tetapi tidaklah melarat.....semuanya adalah takdir Allah.
Janganlah kita sombong seperti Encik Qarun (pemilik harta yang tertanam di bumi ini) yang mengungkapkan, "Aku kaya sebab pengetahuan dan kekayaan yang ada padaku".

Harta boleh menjadi wasilah untuk mendapatkan kebaikan dan ganjaran yang besar apabila ia dihimpun dari sumber yang halal, dibelanjakan di jalan Allah dan ditunaikan hak Allah padanya. Ia juga boleh menjadi wasilah kejahatan dan mengundang kemurkaan Allah dan azabNya di akhirat, apabila seseorang itu tidak menjejaki yang halal ketika mengumpulkannya dan tidak menunaikan hak Allah padanya.


Parameter kejayaan Mu'min bukan terletak pada hartanya, profesionnya (Dr, IR, Ustaz, Cikgu, lawyer, ahli muzik) mahupun pangkatnya (Tuanku, Sultan, Tan Sri, Tun, Dato', Datin) tetapi pada taqwanya seperti firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:


Sesunguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya dia antara kamu
..



Jadi kesimpulannya daripada apa yang saya nukilkan ini, tunaikanlah zakat.
Sucikanlah jiwamu....

Artikel ini dinukilan berdasarkan tulisan Syeikh Mustafa Masyhur di dalam bukunya Zaad ala at-Thariq di bawah topik dalam
Ibadat zakat terdapat bekalan, hasil terjemahan Ahmad Hassan Mohd Nazam dan Mohd Nizam Mohd Ali. Saya olah sedikit untuk dimuatkan di sini.

Artikel ini tidak ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor. Apapun untuk kemudahan SMS taip FITRAH SELANGOR dan hantar ke 21999. Senang je kan?

Wednesday, August 5, 2009

Terkini Influenza H1N1

Nampaknya situasi negara kita mengenai Influenza H1N1 amat membimbangkan, ketika posting ini dibuat 12 kematian telah direkodkan dengan mangsa terbaru adalah seorang kanak berumur 6 tahun dari Batu Pahat. Berikut adalah petikan daripada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang terkini mengenai H1N1 ini.






Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
5 Ogos 2009

Pada 5 Ogos 2009 sejumlah 16 kes baru influenza A(H1N1) dilaporkan dengan 3 kes kematian. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Daripada 16 kes yang dilaporkan hari ini, 10 merupakan kejadian dari 3 kluster baru dan 6 kes sporadik atau terpencil. Manakala tiga (3) kes kematian yang dilaporkan adalah kes sporadik.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 5 Ogos 2009 jam 8.00 pagi adalah sebanyak 1,476 kes dengan jumlah kematian 11 orang. Daripada 1,476 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (39%) merupakan kes import dan 902 (61%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,413 kes (96%) telah sembuh. Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 10 orang. Manakala 28 kes sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi.

Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), mengandung (1) dan imuniti rendah (1).

Daripada 16 kes yang dilaporkan, dua (2) kes dirawat di wad, 11 orang menerima rawatan pesakit luar dan tiga (3) adalah kematian. Maklumat mengenai kes kematian pada 4 Ogos 2009 seperti berikut:

  1. Kematian ke-sembilan, kes adalah seorang budak perempuan berumur 3 tahun yang mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik. Kes dimasukkan ke Hospital Melaka pada 31 Julai 2009 dengan gejala demam dan batuk pada 25 Julai 2009. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 6.19 petang 2 Ogos 2009 dan meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 4.30 petang dengan diagnosa jangkitan virus influenza A(H1N1) dengan severe pneumonia. Sebelum dimasukkan ke Hospital Melaka, kes telah mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik swasta dan dimasukkan ke hospital swasta pada 30 Julai 2009, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka sehari kemudian kerana mengalami jangkitan radang paru-paru teruk (severe pneumonia).

  2. Kematian ke-sepuluh, kes adalah seorang budak lelaki berumur 12 tahun dengan kegagalan buah pinggang kronik dan sedang menjalani rawatan dialisis. Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 3 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 1 Ogos 2009. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2 petang disebabkan jangkitan pneumonia teruk. Kes disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.

  3. Kematian ke-sebelas, kes adalah seorang lelaki berumur 20 tahun dengan kronik asma telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 2 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 31 Julai 2009. Beliau terus dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan mengalami pneumonia teruk. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2.30 pagi dan disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.

Merujuk kepada situasi global, sehingga 5 Ogos 2009, sejumlah 193,686 kes dengan 1,361 kematian telah dilaporkan daripada 171 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 4,531 kes dengan 42 kematian berbanding dengan hari sebelumnya dengan pertambahan tiga (3) negara iaitu Grenada, Kiribati dan Tokelau.

Penularan virus influenza A(H1N1) di dalam komuniti telah semakin meluas. Ia ditunjukkan oleh kehadiran ramai pesakit ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan demam dan batuk. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:

  1. Mereka yang berisiko tinggi (mengandung, obes, asma, diabetes, imuniti rendah, sakit jantung) dan sedang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit dengan jangkitan virus influenza A(H1N1) jika sekiranya rawatan dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas bermula gejala. Rawatan tidak memerlukan ujian pengesahan makmal dan bagi klinik kerajaan rawatan adalah percuma.

    Selepas mendapat rawatan, pesakit adalah perlu berada di rumah dan mengurangkan pergaulan dengan orang awam termasuk ahli keluarga serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang baik. Amalan ini dapat mengurangkan perebakan virus kepada orang lain.

  2. Pesakit-pesakit yang mengalami gejala ringan jangkitan influenza A(H1N1) yang telah dinasihatkan oleh doktor untuk duduk di rumah perlu mematuhi nasihat tersebut kerana amalan ini boleh mencegah perebakan virus influenza ini kepada orang lain. Jika terpaksa pergi ke tempat-tempat awam tersebut, mereka mesti memakai topeng muka atau mask jenis ‘three ply’ yang didapati boleh mencegah penularan virus kepada orang lain.

  3. Pesakit-pesakit yang telah dinasihatkan untuk duduk di rumah semasa rawatan agar sentiasa memantau tahap kesihatan sendiri. Sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam yang berterusan, sakit dada, sesak nafas, atau `altered conciousness’ sila segera mendapatkan rawatan di hospital.

  4. Orang ramai yang mengetahui wujudnya kejadian kluster influenza-liked illness (ILI) di sekolah, institusi dan komuniti, sila maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk siasatan dan tindakan kawalan.

Adalah dimaklumkan waktu operasi hotline adalah dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Bagi mereka yang memerlukan maklumat selepas waktu operasi, dapatkan daripada laman web Kementerian Kesihatan http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 5 Ogos 2009


P/s: Sama-samalah kita berdoa semoga Allah menjauhkan kita dari bencana ini...

Saturday, February 14, 2009

Resipi burger Gembala terbongkar!

Oleh Gembala

Resipi burger Gembala terbongkar? Mana ada. Saja Pakcik bongkarkan, supaya orang nampak kehebatan dan kekreatifan Pakcik ni, hehehe. Bukan apa daripada kita makan di restoran makanan segera macam McD ke, KFC ke, BURGER KING atau seangkatan dengannya, baik kita masak sendiri. Murah pun ye jugak, tak sampai 3 ringgit, tak percaya kira sendiri. Pakcik kira burger 'McGemblabing ayam' ni lebih kurang RM1.90, sebab Pakcik pakai sos yang mahal macam sos tartar, yellow mustard....kalau tak murah lagi ni. Lagi satu, Pakcik rasa bersalah pula kepada saudara kita di Palestin. Ingat, duit yang kita bayar untuk makan di restoran-restoran segera di atas yang kebanyakannya dilesenkan di Amerika mungkin disumbang kepada Israel untuk membunuh ramai lagi anak-anak kecil di Palestin.

Membazir masa nak masak? Hmm, memang korang ni dasar tak pernah ke dapur , tahu makan je. Pakcik yang dah tua ni boleh masak dalam masa kurang dari 10 minit sambil tengok anime One Piece. Letak semua atas kuali yang dah panas. Terbalikkan sikit. Sambil tu potong timun. Angkat. Letak sos atau mayonis. Susun roti dan burger, cincai je, tak payah cantik-cantik pun. Baca bismillah, makan. Senangkan? Cepat dan mudah. Selamat mencuba ya, terutama kat orang-orang bujang ni, makan yang berkhasiat la sikit brader.

Hmm, lagi satu, perempuan sekarang ni bukan pandai masak tau (bukan semua perempuan pun, jangan marah), baik korang belajar masak...kalau tak, dah kahwin pun asyik makan kat luar je. alamatnya bankrap la.

Thursday, February 12, 2009

Tayangan hari ni......Geng: Pengembaraan Bermula

Hari ni, hari pembukaan Filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula. Animasi 3d pertama kebanggan Malaysia.
Wah tak sabarnya rasa nak tengok cerita Geng ni. Tambah pula ada Upin dan Ipin...memang cute la. InsyaAllah lepas exam forensik Sabtu ni, boleh la layan cerita ni dengan adik Nazirah. Harap-harap tak mengecewakan lah.

Gembala: Pak cik kecewa sebab Rajoo tak bela kambing, dia bela lembu. Sepatutnya kambing perlu jadi antara watak utama dalam cerita ni, bukan lembu si Rajoo yang nama dia Sapy tu. Pak cik kecewa, pak cik nak boikot!

Exam + Internet slow = Tak update blog

Internet yang teramat la slow, sabar je la

Ni ada teori terbaru yang baru dirumuskan dan sudah dibentangkan di Konvensyen Selamatkanlah Rumput 2009, anjuran Persatuan Gembala Kambing Asia Siberia di Vladivostok, Rusia. Teori ni yang dibentangkan oleh Pak Cik Gembala Kambing menyatakan bahawa:

EXAM + INTERNET SLOW = TAK UPDATE BLOG

Haha, macam-macam la. Banyakla teorinya.
Di kesempatan ini, saya minta maaf kepada rakan-rakan bloggers atau siapa saja yang mengikuti perkembangan blog ni (ade ke orang nak baca blog syok sendiri ni?), atas perkara-perkara yang dinyatakan di atas, saya tidak dapat mengupdate blog ni dengan cemerlangnya (cemerlang ke? prasan betul!!!). Sekali lagi saya minta maaf, insyaAllah blog ni akan kembali aktif jika segala urusan yang melibatkan profesional exam ni selesai pada pertengahan Mac 2009. Terima kasih kerana sudi menyokong dan sudi membaca blog ni. Doakan saya berjaya dalam exam ni ye...

Gembala: Siapa Gembala Kambing ni ye? Kalau nak tahu siapa pak cik ni, termasuklah resume pak cik, status pak cik, nantikan pendedahan identiti pak cik, April ni. Akan datang.

Penulis : Aik, ade je pak cik gembala ni menyibuk, post orang semua nak comment.

Gembala: Suka hati aku la, kan blog ni nama aku, mestila aku nak glamourkan diri aku ye tak? Mmm, tunggu ye April ni.

Topik yang saya mesti tahu dalam surgeri....oii banyaknya!

Wah risaunya, banyak topik yang dah saya lupakan untuk surgeri ni. Inilah akibatnya kalau belajar last minute, belajar hanya untuk exam. Kalau ditakdirkan keluar assesment long case untuk professional exam memang terbunuhla!!

Ini antara topik-topik yang mesti saya tahu dengan sedalam-dalamnya, sebelum saya boleh jadi doktor yang kompeten, selamat dan apa-apa je lah.

goiter

thyroid carcinoma

thyroitoxicosis

fibroadenoma, fibroadenosis

adrenal tumour

breast carcinoma

breast abscess

upper GI bleeding

oesophageal cancer

reflux oesophagitis

peptic ulcer disease

gastric tumour

hepatoma

hepatocellular CA

liver cirrhosis, portal hypertension

liver abscess

obstructive jaundice

gallstone

acute and chronic pancreatitis

lower GI bleeding

acute intestinal obstruction

colorectal CA

hepatic encephalopathy

acute appendicitis

anorectal abscess

hemorrhoids

ingunal hernias

iscaemic limbs

DVT

Varicose veins

Pulmonary embolism

Abdominal aortic aneurysm

Genitor-urinary calculi

Renal carcinoma

Bladder CA

Chest injury

Head injury

Abdominal trauma

Macam mana nak revise benda ni dalam masa 3-4 hari? Ada idea tak?


Gembala: Nasib ko la labu, pak cik ucapkan good luck je la. Kalau pak cik memang termuntah la.

Soccernet's Top Story