Dilarang memberi makanan kepada haiwan di sini...


Thursday, February 28, 2008

Tergempar: Utusan Malaysia 9 Mac 2008


Muka hadapan Utusan ini saya ambil ketika saya melihat keadaan negara kita selepas PRU ke 12. Terima kasih kepada Doraemon sebab pinjamkan mesin masa dia.



Hahaha, sekadar hiburan, sekadar imaginasi. Tapi semuanya mungkin boleh menjadi suatu realiti, suatu berita yang pasti. Bagaimana? Pilihan di tangan anda, anda mempunyai kuasa untuk menentukan muka hadapan di akhbar ini pada 9 Mac nanti........itupun kalau SPR ni tak menipu!

Saya petik daripada e-mail yang saya dapat sebentar tadi. Terhibur jugalah sedikit. Terima kasih kepada pencipta, pengilham nukilan kreatif ini.

Saturday, February 23, 2008

DUN Dusun Tua, Parlimen Hulu Langat

Tup, tap, tup, tap, pejam celik, pejam celik, siang berganti malam, malam berganti siang, cerah bertukar mendung, mendung pula mejadi hujan, kalau KL ni hujan bertukar menjadi banjir. Hahaha. Sedar tak sedar, tarikh pilihanraya sudah diumumkan. 8 Mac 2008, tarikh keramat detik penentuan kerajaan.

Ketika artikel ini ditaip, pihak yang terlibat sedang menyiap dan menyemak borang pencalonan. ada yang sedang mengira duit untuk penamaan. Ada yang mengatur strategi untuk perarakan calon. Ada yang sedang panjat tiang elektrik atau pokok sebab nak gantung bendera. Ada jugak yang sedang tidur (penat agaknya). Ada juga yang sedang menangis sebab tak dapat jadi calon. Hmmm, macam-macam karenah waktu pilihanraya ni. Kalau saya nak taip pun buat penat nak baca je. Lain la kalau buat filem, mesti laku- Suasana Pilihanraya The Movie.

Esok, 24 Feb merupakan hari penamaan calon.
Nampaknya, pihak kerajaan sementara Malaysia sekarang ini yang diwakili Barisan Nasional mahupun pihak barisan alternatif seperti PAS, DAP, PKR dan lain-lain 'hampir' sudah memuktamadkan senarai nama calon pilihanraya mereka untuk Parlimen dan Dun. Walaupun ketua-ketua parti sudah mengumumkan calon-calon pilihan mereka, jangan terkejutlah jika ada perubahan 360 darjah daripada apa yang diumumkan. Selagi tak penamaan, selagi itulah pihak-pihak yang merasakan mereka lebih layak untuk jadi calon, tapi tidak dipilih, melobi, memujuk, merayu, melutut, macam-macam lagilah (ada yang sampai menggadai prinsip, menjual maruah) agar mereka dipilih.

Hmm, kalau dari segi prinsip demokrasi Malaysia sekarang ini, buatlah apa-apapun asal jangan di'kantoi'kan pihak musuh sudah.

Tahniah saya ucapkan kepada jiran saya bekas Ketua Pemuda Umno Hulu Langat, Ismail Sani kerana dicalonkan untuk mewakili DUN Dusun Tua. Nampaknya orang muda juga yang dipilih. Johan Abdul Aziz, Ketua Pemuda Umno Hulu Langat pula dicalonkan di Semenyih menggantikan Datuk Kuris. Pelik jugak Datuk Kuris tak dipilih, tak baik dengan Dr. Khir ke? Ke Khairy baik dengan Johan sebab Johan juga exco Pemuda Umno Malaysia.

Entahla, banyak juga pembangunan di Semenyih di bawah kepimpinan Kuris ni. Lain la di Dun Dusun Tua, semenjak 23 tahun saya tinggal di sana apa sangat la yang boleh dibanggakan. Macam pekan koboi je. Adela satu Stesen minyak Petronas yang boleh dibanggakan, lain-lain itu macam Sungai Congkak, Sg. Tekala, Sg. Gabai, Gunung Nuang tu semuanya memang dah ade dah. Setakat IKBN Dusun Tua (Pemangku PM kita, Pak Lah pernah jadi pengarah kat sini), ape sangat la. Bagus la Pakcik Mail naik, harap dapat la memajukan kawasan kita.

Rahmad Musa yang baru sepenggal naik tak boleh buat apepun untuk pembangunan mukim Hulu Langat. Samala juga Dato' Dr. Zainal Abidin Ahmad, mantan timbalan Menteri besar Selangor yang kini Ketua Keadilan Selangor. Yang saya kenang pada Dr. Zainal ialah jamuan hari raya rumahnya di Batu 10 tu. Yang paling 'best' ada menu burung puyuh goreng (adik saya panggil burung 'puyu'). Haha, kisah lama tue. Sekarang ini saya dah boleh mengundi dah. Saya akan mengundi di SRA Batu 14 Hulu Langat.

Saya berazam untuk menggunakan kuasa satu undi saya untuk memilih wakil yang saya rasakan dapat menyumbang kepada perkembangan masyarakat, agama dan bangsa. Dengan mandat yang ada pada saya, saya ingat nak ajar sikit pihak yang naikkan harga Petrol ('confirm' naik lagi petrol kalau kerajaan sementara Malaysia sekarang ni dikekalkan, ), naikkan harga barang makanan dan macam-macam lagi la yang naik. (kalu nak tulis apa harga yang naik kat sini macam iklan TESCO pulak). Nak pilih Pakcik Mail ke,atau Sany Hamzan (orang Sg. Michu ni) yang sekarang ni menjawat jawatan Ketua Penerangan Pemuda Pas Selangor. Rahsia! Undi saya adalah rahsia.

Kalau parlimen saya boleh memangkah sama ada Datuk Markiman Kobiran (tgk nama je dah tahu orang jawa macam Dr. Khir Toyo juga) atau Dr Che Rosli Che Mat Phd, Pakar Sains Nuklear (wahh, hebat betul Dr. Che Rosli ni, bolehla majukan Hulu Langat dengan kosep fizik yang bombastiknya, hehe). Markiman ni terkenal apabila bas-bas ekspress kemalangan jer. Maklumlah Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan. Bila ada bas ekspress kemalangan yang mengorbankan ramai orang macam nahas Bukit Gantang hari tu baru la dia ni keluar akhbar atau TV.

Hmm, sekadar bercerita, saya dah tak larat nak menghidu bau uri (placenta) tiap-tiap minggu, (walaupun sebenarnya saya seronok melihat kelahiran umat Muhammad yang comel-comel, bersih lagi suci saban hari),biar hari ini saya berblog pula.Lepas pilihanraya ini terus saya exam klinikal Obsteric, seminggu lepasnya teori obsteric dan Gynae pula.
Mak aii, macam-macam berlaku pada Mac dan Februari ni!

Semoga Allah beri kekuatan pada diriku dan kepada pejuang-pejuang yang mendaulatkan agama Allah di muka bumi ini.

Soccernet's Top Story