Dilarang memberi makanan kepada haiwan di sini...


Friday, June 27, 2008

Lawak Microsoft


A helicopter was flying around above Seattle yesterday when an electrical malfunction disabled all of aircraft's electronic navigation and communication equipment. Due to the clouds and haze the pilot could not determine his position or course to steer to the airport.

The pilot saw a tall building, flew toward it, circled, drew a handwritted sign and held it in the helicopter's window.
The sign said "WHERE AM I"? in large letters.

People in the tall building quickly responded to the aircraft, drew a large sign an held it in a building window. The sign said, "YOU ARE IN A HELICOPTER".


The pilot smiled, waved, looked at his map and determined the course to steer to SEATAC ( Seattle/Tacoma) airport and landed safely.


After they were on the ground, the co-pilot asked the pilot how the "YOU ARE IN A HELICOPTER" sign helped determine their position. The pilot responded, "
I knew that had to be the Microsoft building because they gave me a technically correct but completely useless answer".

Dipetik dari jokes2go.com

P/s: Saya sangat setuju dengan pilot tu, sebab memang saya rasa dah terkena beberapa kali dah dengan Microsoft ni. Kalau ada masalah berkaitan software Microsoft macam Windows ke, IE ke, Office ke, memang diorang boleh bagi 'solution' yang boleh diterima akal la tapi mesti tak jadi punya. Tak tahu la kenapa, selalunya kena dapatkan bantuan teknikal drpd orang lain yang lebih pakar lagi. Macam pihak Microsoft ni ada rahsiakan sesuatu tentang software diorang pulak. Kalau tak percaya, jika ada sebarang masalah dengan komputer anda, cubalah guna troubleshoot windows, nanti anda akan faham apa yang pilot tu maksudkan. Huhuhu.

Apa ya perkembangan terbaru Euro 2008?

Thursday, June 26, 2008

Sisi-sisi gelap PPUKM

Tatkala saya berjalan seorang diri untuk ke wad orthopedik yang letaknya hanya 7 minit berjalan kaki dari bilik saya, terdetak pula di hati untuk merakamkan suasana malam di PPUKM (HUKM). Bukan apa, sengaja untuk bereksperimen dengan kamera digital saya di samping menghilangkan rasa gundah sebab berjalan seorang diri di dalam gelap pekat malam ( Ye la siapa tak takut jalan seorang diri di waktu malam!)

Apalah yang ada pada sebuah hospital untuk dibezakan dengan tempat lain seperti kompleks beli-belah, pasar malam, konsert jom heboh....sunyi, kosong dan hmm, sedikit menyeramkan .
Yang kedengaran hanyalah suara cengkerik bersahutan, deru angin yang mendayu, suara pesakit yang mengaduh kesakitan, tangisan waris pesakit yang kehilangan, siren ambulan yang dari jauh sudah kedengaran.


Di sini saya kongsikan, beberapa pemandangan sisi-sisi gelap PPUKM.....


Pintu masuk belakang Kafe A&E Dept., gambar ni diambil dengan menggunakan flash pada ISO 400 dan tlh di'terangkan' dgn Corel Photo Paint X3, stlh diedit pun masih gelap

Lorong sebelah belakang bilik bedah A&E dept. menuju jabatan radiologi dan juga ke wad-wad.

Lorong yang sama tapi diambil ketika perjalanan pulang drpd wad, lbh kurang pukul 11 mlm.

Tempat letak kereta staf zon C, memang gelap betul, ada lampu pun gelap lagi.

Sebenarnya banyak lagi gambar yang telah saya ambil, tetapi tidak dapat diupload, kerana masalah internet yang agak perlahan pada hari ini. Walau bagaimana keadaan sekalipun, jalan ini lah yang terpaksa saya lalui dalam menghabiskan sisa-sisa pembelajaran saya sebagai seorang pelajar. Anggap sajalah ini sebagai modul untuk menguji kekuatan, keberanian dan kecekalan diri.

Thursday, June 19, 2008

Anak Gembala

Ooo akulah anak gembala
Merentas segenap desa
Ke gunung padang dan lurah
Dari pagi hingga senja
Berbekalkan tongkat rotan
Rotan jati dari hutan
Aaaa
Aaaa

Ooo akulah anak gembala
Merentas sungai dan rimba
Beginilah tiap masa
Tapi hatiku gembira
Bertemankan kambing tua
Lembu jantan dan betina
Aaaa
Aaaa

Ibu, sangat sayang kepadaku
Membekal pengat dan susu
Untuk mengalas perutku
Ayah memberi seruling tua
Untuk menghiburkan hati
Bila terasa sunyi

Ooo tiada siapa yang tahu
Nun jauh tinggi di gunung
Buah hatiku menunggu
Gembala seperti aku
Dia suka kepadaku
Aku suka kepadanya
Aaaa
Aaaa

P/s: Lagu ni diperkenalkan oleh emak saya kepada saya semasa saya masih kecil lagi. Emak memang peminat Sudirman terutama lagu ini di samping lagu Basikal Tua dan Jali, Jali. Liriknya cukup 'straight forward', tanpa bunga-bunga bahasa yang abstrak, menceritakan tentang kehidupan seorang anak gembala atau boleh la kita katakan sebagai jurnal kehidupan anak gembala. Saya terpikat dengan lagu ini kerana iramanya sendiri, yang tidak kompleks bak orang kata 'easy listening'.



Gembala : Ini antara lagu kegemaran Gembala la ni, nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Tadi tengah gembala termenung, tiba-tiba gembala terdengar lagu ini, yang dimainkan secara rawak dalam PC gembala. Jadi gembala pun apa lagi, terus cari lirik lagu ni dan kemudian gembala nyanyi la dengan suara sumbang gembala. Nak tarik 'tune' tinggi pun tak larat sekarang ni. Teringat gembala sewaktu muda dahulu, dengan suara ni la gembala buat persembahan di Panggung Seni, Dataran Gemilang dan Pusanika UKM, hehehe. Glamour juga gembala waktu tu! Sekarang ni, hmmm, nyanyi di bilik air bolehla.

Penggemar daging merah dimasak pada suhu tinggi hadapi risiko barah usus

Stik masak penuh punca kanser

Steak Gembala bersama Sos Limau Nipis

Penggemar daging merah dimasak pada suhu tinggi hadapi risiko barah usus: Pakar

KUALA LUMPUR: Stik yang dimasak sepenuhnya mungkin menjadi hidangan yang cukup lazat, namun boleh juga menyebabkan kanser usus, kata seorang pakar.

Perunding Karsinogenesis Alam Sekitar, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika, Prof Dr David M DeMarini, berkata daging merah dimasak pada suhu tinggi mengeluarkan lebih banyak bahan mutagen ke dalam DNA seseorang berbanding pada suhu rendah.


DeMarini mengemukakan kajiannya berjudul 'Daging goreng dan kanser usus: Pengurangan DNA dimusnahkan oleh antimutagen pemakanan pada manusia' pada Simposium Sains Kesihatan Kebangsaan Ketujuh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.


"Daging yang dimasak pada suhu tinggi menyebabkan penggemarnya menghadapi risiko penyakit dikenali sebagai colorectal adenoma. Kajian terhadap 350 sukarelawan di Amerika, mendapati mereka mempunyai lebih banyak bahan mutagen dalam air kencing.

"Kami menghidangkan kepada sukarelawan diet daging merah yang dimasak pada suhu tinggi dan suhu rendah selama sebulan serta membandingkan keputusan kedua-duanya.

"Kajian kami menunjukkan mereka penggemar daging dimasak pada suhu tinggi mempunyai lebih banyak mutagenik dalam air kencing," kata DeMarini yang menyamakan risiko dijangkiti colorectal adenoma dengan kanser usus.

Beliau menjelaskan, mereka yang suka makan daging yang dimasak sepenuhnya adalah enam kali lebih mudah mendapat kanser usus berbanding mereka yang makan daging pada jumlah kecil atau seseorang yang mengambil sayur-sayuran.

Bagaimanapun katanya, antimutagen seperti sayuran 'cruciferous' yang termasuk brokoli, bunga kubis dan kubis serta dadih boleh membantu melindungi tubuh manusia daripada ancaman mutagen yang memudaratkan. - Bernama

Ulasan- Saya suka makan steak, terutama yang saya masak sendiri. Permasalahan sekarang ni ialah bagaimana steak tersebut atau daging merah dimasak. Seperti saya, saya sukakan steak yang half -done ataupun separa masak kerana teksturnya yang lebih lembut dan berjus, bukannya well-done ataupun masak sepenuhnya. Saya juga menggunakan 'pan' yang suhunya sering tidak mencapai tahap yang saya inginkan, apabila suhunya tinggi saja, automatik lampu 'pan' akan padam, macam seterika pula!

Cuma kalau tidak salah saya daging yang masak sepenuhnya pada suhu yang tinggi dapat menghapuskan bakteria yang sedia ada pada daging yang boleh menyebabkan keracunan makanan seperti Salmonella, E. coli, Campylobacter dan sebagainya. Dari aspek yang lain, makan daging yang kurang masak boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit gout. Kalau macam tu, ok lagi dapat gout daripada dapat cancer, ye tak? Hmm, saya tak mampu menjawabnya. Tapi, kalau dah lapar, apa yang terhidang kita ngap je la.


Gembala: Tengahari ni pak cik nak masak Lamb chop lah, hehehe.

Sarapan Hari Ini- Bihun gorengku hangus!



Assalamualaikum, selamat bertemu kembali setelah saya berjaya menamatkan 'pertapaan' saya selama seminggu di Teluk Intan atau nama asalnya Teluk Mak Intan. Banyak juga peristiwa menarik yang boleh dikongsi sepanjang saya di sana. Tapi hari ini, saya cuma ingin mewartakan suatu peristiwa yang bersejarah dalam hidup saya.

Apa peristiwanya?
Errr (perlu disebut dengan nada yang berat hati), buat pertama kalinya dalam sejarah, saya bersarapan dengan Bihun goreng yang hangus, oh sedihnya! (Untuk mendapatkan 'feel', saya menasihatkan agar ayat ini dibaca dengan gelengan kepala). Ulangan, Bihun Goreng Hangus!

Asalnya, saya bolehlah dikatakan berjaya memasak Bihun goreng resipi gembala yang dilimpahi dengan rencah-rencah seperti daging, pedal ayam (untuk memberikan sensasi mengunyah), sosej, sawi bunga (mahal la sayur ni!) dan yang istimewa sekali isi kupang. Rasanya, memang istimewa, ditambah pula dengan kemanisan kupang, hmm lazat! Bihun ni saya sediakan untuk makan malam bersama sahabat-sahabat dan selebihnya untuk sarapan. Untuk makan malam, Alhamdulillah, habis...... tak sia-sia saya penat masak setelah habis on-call.

Tentang sarapan ni sedih sikit. Setelah selesai Solat Subuh di surau (Alhamdulillah, berjaya juga melawan keinginan untuk tidur walaupun dengamn dugaan Euro 2008 di pagi yang amat dingin), saya pun memanaskan Bihun goreng style gembala tadi. Dan seperti biasa, rutin saya setiap pagi ialah membaca berita-berita online yang saya langgan melalui RSS Feed. Berita hari ni memang menarik, SAPP, sebuah parti komponen BN di Sabah menyatakan bahawa mereka telah hilang kepercayaan pada PM kita. Wah, sekarang ni banyak dengan kejutan. Belum lagi berita Euro 2008 ni, terkeluarnya France dari saingan, dan komentar pra-perlawanan QF, Portugal-Germany.

Sedar, tak sedar saya terbau suatu yang hangit dan enak (cuba la bayangkan bau hangit+enak, bagaimana ye). Secara automatik, saya terus keluar dan mematikan suis multi cooker saya. Nasib baik saya dapat bertindak awal. Hasilnya, separuh daripada Bihun goreng saya sudah bertukar menjadi hitam keperangan. Kalau lambat bertindak, makan biskut la saya pagi ni!

Dengan kos makanan yang sangat mahal sekarang ni, saya ambil sudu dan jamah sedikit. La, sedap lagi Bihun goreng ni rupanya, rangup betul di sesetengah bahagian. Akhirnya dalam 5-6 kelip mata, 'clear' juga Bihun Goreng hangus saya dilengkapkan pula dengan jus blackcurrant dan Aloevera. Alhamdulillah, suatu nikmat yang tidak terhingga.

Kesimpulannya, walaupun saya cuba berdikari, cuba menjadi lelaki bujang yang serba boleh, masih juga terdapat perkara-perkara yang meninggalkan ruang-ruang kosong dalam sanubari saya. Susah juga hidup bujang ni, ye mak! Ni menandakan, sudah hampir masanya saya perlu mencari seseorang untuk mengisi lompang-lompang kosong dalam hidup saya ni. Tapi ada ke orang yang hendakkan saya ni? Nak kahwin mahal, banyak sangat ke duit saya ni? Apa harta yang saya ada? Arghhh, timbul pula seribu satu persoalan yang membuatkan saya kembali berduka. Sabar, sabar.

Sunday, June 8, 2008

Sahabat, suatu nostalgia...


Nampaknya bas ke Teluk Intan terlewat sehingga ke pukul 2 petang. Hmm, takpelah barang pun tak kemas lagi. Terima kasih abang driver bas. Jangan tinggalkan saya sudah la! Tak sanggup nak memandu ke Teluk Intan, minyak mahal beb!

Lepas Subuh tadi, usai Solat Subuh, baca Ma'athurat berjemaah, saya pun membuat keputusan untuk memasak. Bukan apa, takut sepemergian saya ke Teluk Intan nanti, barang-barang yang ada di peti sejuk pun mula berkulat, sayang la. Lagipun sempena meraikan sahabat saya Hafizi dan Amir Ali yang datang melawat dari semalam. Gembira dengan kedatangan mereka, saya pun cuba la masak Mee hailam style gembala buat kali pertamanya dalam hidup saya. Cuba je la. Prinsip gembala, sedap ke, tak sedap, lain cerita, yang penting kenyang dan takde yang pengsan keracunan makanan sudah! Tapi saya tak risau, Emergency Dept. PPUKM hanya 5 minit je jalan kaki dari rumah saya, hehehe.

La ingatkan ramai orang datang, ada la yang tolong preparekan bahan, tapi kena masak seorang diri nampaknya. Ini semua naruto, punya pasal, ish,ish,ish. Walaubagaimanapun dalam masa 40 minit, sempat juga saya siapkan Mee hailam saya. Nampak menarik, tertarik, memang de bomb!

Alhamdulillah, habis juga Mee hailam saya. Dengan kuasa mengunyah dan menelan yang 'superb'daripada hafizi, ateq, amir, zaim , pian dan saya sendiri, dalam 5 kelip mata je, licin multicooker saya. Yang tinggal, hanya la pinggan-pinggan kosong yang dilonggokkan di sinki (cis, aku la kena basuh semua ni!).

Tak kisahla macam manapun karenah mereka-mereka ni, apapun mereka tetap sahabat-sahabat saya yang pernah berjuang di kampus bersama, kami menangis bersama, kami ketawa bersama. Banyak halangan yang telah kami redah, beberapa kali kami pernah tersungkur dan kemudian bangkit semula. Teringat pada bait lagu ini, Maafkan Teman daripada Far East

Dalam Berusaha Kita Diuji,
Terkadang Tohmah Kita Dicaci,
Diturutkan Rasa Hati,
Ingin Dilepaskan Beban Ini,

Mujur Ada Teman Membantu,
Sokonganmu Buat Inspirasi,
Berpeganglah Pada Janji Kita Yang Dibina

Kenangan pada pagi ini akan saya simpul erat dalam sanubari saya, walaupun hanya seketika cuma, bukan apa, takut mungkin ini akan menjadi kenangan terakhir antara kami. Saya akhiri post ini dengan bacaan doa ma'thurat yang selalunya kami baca bersama...

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini...
telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar................

Suatu bingkisan buat teman...- berwajah baru

Suatu bingkisan buat teman.... versi lama


Alhamdulillah syukur, sempat juga saya memberikan nafas baru kepada blog saya ini walaupun sibuk dalam menyelesaikan banyak permasalahan yang dicipta sendiri. Wajah baru, nafas baru tetapi isi tetap sama, penulis yang sama..... (si gembala kambing lagi?biar betul!). Apapun saya akan 'bercuti' di Hospital Teluk Intan selama 1 minggu bermula hari ini. Tak tahulah sama ada saya ada masa untuk update blog ini sepanjang 'percutian' saya.

Ada kawan cerita, susah hendak dapatkan internet di sana, ye ke? Kalau betul, pening la gembala kambing untuk mencari kambing-kambingnya tanpa internet di sisi. Oh tidaaakkkkk!!!!

Saturday, June 7, 2008

Management Of Knee Osteoartritis: Algorithm


From: Malaysian Clinical Practice Guidelines on the
Management of Osteoarthritis
2002

Soccernet's Top Story