Dilarang memberi makanan kepada haiwan di sini...


Friday, April 25, 2008

Idea menggunung, masa mengekang...

Hmm, banyak juga yang saya ingin kongsikan dalam blog ini. Namun sukar untuk dicari masa yang sesuai. Exam teori Obstetric dan Surgeri yang menjelang, ditambah dengan pengurusan diri yang tidak teratur langsung membuatkan saya hanya mampu membaca tetapi sukar untuk menaip. InsyaAllah saya akan cuba update blog ini dengan beberapa topik baru dan juga sambungan pada artikel saya sebelum ini. Ini belum cerita tentang masalah internet lagi, lagi pening kepala memikirkan. Sabar, sabar (perkataan ini saja yang saya dapat ucapkan pada diri saya sendiri). Ok, sampai berjumpa lagi, wassalam.

Thursday, April 3, 2008

Novel Ayat-ayat Cinta gagal diadaptasikan ke filem?

VS


Novel Ayat-ayat Cinta gagal diadaptasikan ke filem? Betul ke? Setakat ini, sukar untuk dibincangkan kerana perlukan perhatian yang mendalam tentang filem (maksudnya, tak tengok lagi filem ni, hehehe).

Walaubagaimanapun sedikit review atau ulasan daripada sahabat-sahabat siber di Indonesia, filem arahan Hanung Bramantyo ini khabarnya hanya mengambil babak-babak romantis antara Fahri dan Aisha, unsur-unsur islamik yang diterapkan dalam novel hanya diaplikasikan sedikit. Mungkin pengarah filem ni takut filemnya tak laku kot....

Ada seorang sahabat berpendapat suasana di tanah arab, wanita-wanita yang berjubah, dialog dalam bahasa Arab tidak cukup untuk menjadikan filem Ayat-ayat cinta ini filem Islam! Betul juga cakap mamat ni. Fuh, ada lagi. Terdapat juga yang berpandangan bahawa penerbit filem ini hanya menggunakan kehebatan dan kepopularitian novel karya Habiburrahman sebagai wadah untuk melariskan filem semata-mata. Ini sudah lebih ni! Tapi walau apapun, ini lebih merupakan pendapat peribadi masing-masing, terpulanglah kepada yang menonton dan yang sudah membaca novel untuk menafsirkan.

InsyaAllah, apabila saya sudah menonton filem ini nanti barulah saya boleh beri ulasan yang lebih adil dan saksama.

Ayat-ayat Cinta ke Malaysia?

Filem agungkan Islam paling laris


Lebih 3 juta termasuk Presiden Indonesia tonton

JAKARTA: Sebuah filem Indonesia yang diterbitkan bertujuan memperlihatkan keindahan Islam dan menghapuskan tanggapan negatif terhadap agama suci itu tersenarai sebagai filem 'pecah panggung' dan paling laris di negara itu.

Lebih tiga juta orang termasuk Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan pegawai tinggi kerajaan Indonesia pergi ke panggung wayang untuk menyaksikan filem Ayat Ayat Cinta, sebuah kisah cinta Islam yang diterbitkan pada pertengahan Januari lalu.

Filem yang diadaptasi daripada novel karya Habiburrahman El Shirazy membicarakan beberapa isu sensitif termasuk layanan Islam terhadap wanita dan pelbagai perkahwinan melalui kisah Fahri Abdullah Shiddiq, seorang graduan Indonesia yang belajar di Universiti Al-Azhar dan cabaran yang terpaksa dilaluinya untuk menjalani hidup sebagai Muslim.

Ia juga dipercayai mampu menjadi media menentang video menuduh al-Quran menggalakkan keganasan yang dibuat ahli parlimen Belanda Geert Wilders disiarkan melalui internet minggu lalu.

Ia mengisahkan Fahri seorang pelajar yang terpaksa memilih calon isteri daripada empat orang wanita yang jatuh cinta terhadapnya.

Dia akhirnya mengahwini Aisha seorang pelajar Turki-Jerman yang bertudung, tetapi hidup mereka dilanda masalah selepas Fahri dipenjarakan atas tuduhan palsu merogol dan berdepan hukuman gantung sampai mati.

Maria, seorang wanita Kristian Mesir, adalah satu-satunya orang yang dapat membuktikan Fahri tidak bersalah, tetapi jatuh sakit dan koma selepas mendapat tahu Fahri sudah berkahwin.

Aisha merayu Fahri mengambil Maria sebagai isteri kedua bagi membolehkan dia sembuh dan memberi keterangan untuknya.




Penerbit filem Hanung Bramantyo, 33, yang pernah memenangi dua anugerah Citra berkata misi beliau ialah untuk mempersembahkan Islam sebagai agama yang penuh tolak ansur dan cintakan keamanan.

"Saya mahu menceritakan kepada penonton mengenai Islam daripada sudut yang bersifat sejagat. Saya juga mahu memberitahu mereka bahawa ada orang yang mampu bergaul dengan orang lain, bergaya dan hebat, tetapi pada masa sama dapat mengamalkan Islam.

"Saya percaya Islam adalah agama yang indah. Sebilangan orang berkata berjuang untuk Islam bermaksud melakukan sesuatu yang hebat, tetapi bagi saya kisah cinta juga mampu membawa mesej Islam," katanya.

Beliau berkata Islam tidak hanya membicarakan mengenai syurga dan negara atau kehidupan selepas mati, tetapi ia juga boleh membicarakan mengenai cinta dan jatuh cinta pandang pertama.

Sementara itu Presiden Susilo dan keluarganya yang menyaksikan filem itu bersama 80 duta dan diplomat asing berkata filem berkenaan amat menarik. � Reuters

Hmm, bila pula filem Ayat-ayat cinta ni hendak ditayangkan di Malaysia? Tidak sabar rasanya nak tunggu. Harap dapat jadi fenomena seperti filem Ada Apa Dengan Cinta. Sudah muak dengan filem-filem Malaysia yang judulnya sungguh menginsafkan tapi karyanya sungguh memualkan. Boleh agak la filem mana...

Soccernet's Top Story