Dilarang memberi makanan kepada haiwan di sini...


Friday, March 28, 2008

Rukunegara Malaysia


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran Datuk

KUALA TERENGGANU, 26 Mac: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.

Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiga mereka itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.

Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

Dipetik dari Siasah.



Hmm, betul ke ni? Boleh percaya ke? Setakat ini kenyataan rasmi pada media-media arus perdana masih tiada lagi. Mungkin berita mengaibkan kot? Sebab itulah tidak keluar pada Utusan, NST, B. Harian atau RTM mahupun TV3. Kalau betul, Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Teringat kata Tun Perak pada peristiwa anaknya Tun Besar dibunuh oleh Raja Muhammad, "Pantang kita menderhaka pada Raja tapi hendak berajakan anak raja ini janganlah"
Sampai begitu sekali, kita ditanamkan konsep setia pada Sultan kita. Kita melenting apabila Pak Cik Lim Kit Siang keluarkan arahan memboikot Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak yang dilantik oleh Pemangku Raja Perak. Kita marah, kita tuntut dia mohon maaf pada Raja Nazrin. Saya pun marah. Ini melampau! Tapi sudah keterlaluan jikalau beberapa orang pemimpin Melayu yang mendapat mandat rakyat menderhaka pada Sultan dengan membantah perlantikan Sultan. Malu saya pada orang Melayu sebegini. Konon memperjuangkan bangsa Melayu.

Kalau orang Melayu sendiri tidak mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu, mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu, siapa lagi? Nak suruh DAP pimpinan Pak Cik Lim Kit Siang? Nak suruh Samy Vellu? Nak suruh Ah Keong yang jual suratkhabar? Tidak pun Gulam Khan yang jual karpet? Cis! Sedih Laksamana Hang Tuah, menangis Tun Perak, buat penat saja Dato' Maharajalela berjuang, kecewa Mat Kilau, sayu hati Dato' Bahaman, Tok Janggut. Betapa kecewanya datuk-moyang kita yang mempertahankan ketuanan Melayu dengan darah mereka sendiri!

Ingat, Sultan adalah lambang ketuanan Melayu!

Kalau zaman Hang Tuah, mereka yang menderhaka kepada raja ni dibunuh je. Walaupun Hang Jebat tu sahabat baik Hang Tuah, tetap ditentang oleh Hang Tuah dengan tanpa keraguan sebab Hang Jebat menderhaka kepada raja.Tapi zaman sekarang penarikan gelaran Datuk yang dianugerahkan istana pun pada saya sudah cukup patut. Ini menjadi suatu amaran. Jangan sesekali kita berani mempertikaikan, menentang keputusan Sultan.Bersyukurlah siapa yang menderhaka kepada raja pada zaman ini, setakat itu saja hukumannya. Kalau zaman kesultanan Melayu dahulu hmm, siaplah mereka-mereka ini.

Daulat Tuanku!

Thursday, March 27, 2008

Senandung Malam

Indah juga seni warisan bangsa. Kadangkala kita terlalu mengagungkan irama moden, irama kontemperori (betul ke eja ni?) yang lari dari aspek-aspek kesusasteraan bahasa, kontra juga dengan ritma kehidupan bangsa kita yang penuh dengan tatasusila dan adat ketimuran. Mana pergi bahasa puitis pada senikata lagu? Di mana letaknya seni suara dengan lenggok beralun? Kita seumpama lupa pada pukulan rebana, gendang, kompang, gesekan biola, alunan akordian dan bermacam-macam lagi yang banyak mewarnai irama tradisional Melayu.

Tertarik pula saya pada alunan suara Haziq yang menyanyikan lagu Senandung Malam di dalam suatu babak Kala Malam Bulan Mengambang. Klasik. Indah. Di sini saya ingin berkongsi lirik lagu tersebut. Buat pengetahuan, lagu ini adalah lagu J Mizan, ciptaan Tan Sri P. Ramlee.




Senandung Malam

Sejuta bintang bertabur
Siapakah gerangan di jendela
Merisau bintangkah atau nak dagangkah
Harum bunga senandung malam

Mungkinkah malam bermimpi
Mata jelita kilau-kilauan
Menentang malamkah melepas rindukah
Duhai nak dara marilah dinda

( korus )
Lena daku dalam sunyian
Senandung malam berkicau
Mengisah asmara hati si dia
Wahai nak dara marilah dinda

Ku tahu kau tak berteman
Pilih teruna siapa gerangan
Pilih akukah atau si diakah
Dengar nak dara senandung malam

Wednesday, March 12, 2008

Terima Kasih Ya Allah


Alhamdulillah, seribu kesyukuran ke hadhrat Allah, saya masih bernafas lagi untuk melihat perubahan kepimpinan kerajaan negeri saya. Bukan senang hendak menyaksikan peristiwa bersejarah jatuhnya Selangor yang saya cintai, Perak, Kedah, Pulau Pinang di tangan Barisan Rakyat, dan kekalnya Kerajaan PAS di Kelantan.

Yang bersejarahnya dan yang membanggakan saya, saya adalah sebahagian daripada sejarah itu, walaupun saya ni tukang pangkah undi saja. Hehehehe.

Terima kasih Ya Allah.

Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar.

Soccernet's Top Story