Dilarang memberi makanan kepada haiwan di sini...


Tuesday, May 27, 2008

Heroes


Tadi saya dapat e-mail daripada sahabat saya Saidan, yang dikepilkan dengan slide power point berkenaan mereka yang dipanggil sebagai wira dalam gempa bumi Sichuan, China yang berlaku pada 12 Mei yang lepas. Apa yang dipaparkan membuatkan naluri kemanusiaan saya tersentuh. Jadi saya rasa wajar untuk saya kongsikannya kepada semua sebagai suatu pelajaran, suatu peringatan makna sebenar istilah agung yang kita panggil sebagai pengorbanan.

Untuk kemudahan tatapan saya telah mengubah format powerpoint kepada format PNG.























Kredit buat pencipta slaid ini yang tidak menyertakan sekali namanya. Terima kasih kepadanya kerana sudi berkongsi tatapan yang bermanfaat ini. Untuk paparan gambar yang lebih jelas dan besar, klik je pada gambar yang ada kerana gambar ini diupload dengan resolution 960 x 720.
Sekian.

Monday, May 26, 2008

Mari main masak-masak (Style orang bujang)

Saya suka memasak. Saya ingat dulu waktu saya kecik-kecik rancangan favourite saya dulu mesti rancangan masak-masak terutama dengan Chef Wan. Betapa terpengaruhnya saya pada waktu itu sampai pernah bercita-cita nak jadi tukang masak, tapi apakan daya....

Apabila saya sudah menjangkau dewasa, tiba-tiba minat saya terhadap masakan, makanan dan seangkatan dengannya kembali terserlah. Ye lah, nak main futsal sekarang ni orang ramai. Nak jogging tak larat (maklumlah dah tua, long distance ni kurang sikit la). Nak main game, lalai pulak. Ditambah pula dengan pengaruh siri Iron Chef, anime Cooking Master boy, filem God of Cockery, hai....keinginan memegang kuali makin membara. Dengan faktor harga makanan dunia melonjak naik, menguatkan lagi keazaman saya untuk memasak. Jimat duit dan sedap (tak sedap pun bedal je la, hehehe).

Di sini saya upload gambar beberapa hidangan yang saya anggap bolehla untuk dikongsi. Makanan orang bujang, apa sangat la nak dibanggakan. Tapi memandangkan banyak wanita hari ini tak pandai masak (bukan semua tau!), tahu makan je, maka saya anggap pencapaian saya ini dah kira gempak dah, hahahaha.

Makanan yang saya masak ni memang takde decorate apa-apa pun, ye la orang bujang. Prinsip orang bujang ni, asalkan boleh makan sudahla. Guna pun pinggan yang sama je (tak mampu la nak beli pinggan mahal-mahal!). Setakat ni, Alhamdulillah saya dan tukang-tukang rasa bertauliah yang saya lantik, tak pernah lagi la masuk wad sebab keracunan makanan.

Beberapa hidangan yang saya bolehla anggap 'karya agung' saya :


Rojak Ramly bersama gembala


Sup Cendawan Tiram Si Gembala


Steak Gembala dengan Sos Lada Hitam Manis


Ayam Goreng Perasa Ikan Bilis Lobak Merah +
NasiLetak Kicap + Sushi Octopus


Belut dan Cencaru Goreng Rempah Khas Gembala


Stew Daging Campur Berempah Style Gembala


Steak Gembala Bersama Sos Kacang Panggang dan Jagung


Steak Gembala bersama Sos Limau Nipis


Kalau tengok rupa, apa sangat la hidangan saya ni kan? Tak kisah la, sekurang-kurangnya kalau isteri saya di masa akan datang nanti (hmm, sape lah orangnya?) tak sihat ke, tak larat nak masak atau masak pun tutttttttttttt, boleh la saya masak. Cuma jangan mak saya tahu sudah la, kalau tahu nanti, dapat worst nightmare la isteri saya tu hehehe.

Ok, nanti kalau ada masa, saya akan describe hidangan saya bersama resipi-resipinya sekali. Wassalam.

Friday, May 23, 2008

Ulasan software: Feedreader 3.12


Lawa tak desktop saya? Cantik berkilau, fuyoo.........jgn 'jeles' tau! Nak tahu maca mana hendak menghiasi desktop anda yang bosan dengan tema (theme) yang menarik. Hmm, nanti saya akan kongsikan caranya, tapi bukan sekarang, lain-lain kali. Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan dan fokuskan pada post ini adalah software yang dipanggil Feedreader 3.12, iaitu software untuk membaca RSS feed.

Apakah itu RSS feed? Yelah kalau anda tidak tahu apa itu RSS Feed, tidak ada gunanya jika tahu software Feedreader ni. Buat habiskan beras je la, hehehe. RSS ni stand for Really Simple Syndication, feed ni feed la,kalau terjemah melayu = suapan, kalau tak silap. Kalau nak ulas berasaskan perkataan memang kita tak faham.

Secara mudahnya, RSS ini adalah satu sistem yang meringkaskan kandungan laman web terutamanya yang melibatkan perkataan seperti berita, blog dan sebagainya. Boleh juga untuk video dan gambar. Nak senang faham benda ni macam summary pada laman web la. Sistem RSS ini dah ada sejak 1995 lagi yang pada mulanya digunakan untuk memaparkan beberapa kandungan laman web lain pada satu laman web. Jadi apabila anda klik je pada ringkasan web tu akan membawa anda pada berita penuh. Tak percaya boleh try pada blog saya ni. Klik je, atau open link in new tab mana-mana pada ringkasan Harakah daily.Net-Utama atau Berita Harian-Utama, anda akan dihubungkan pada laman yang berkenaan. Mudah kan, bukan saya taip pun benda ni.

Penggunaannya lebih luas pada tahun 2001 dan 2002 apabila kemunculan versi RSS 2.0 yang boleh support macam-macam kandungan lagi. Untuk mudah kita gunakan sistem RSS feed ni pada komputer kita, saya syorkan Feedreader 3.12. Amat mudah untuk aplikasikannya, yang penting anda tahu membaca, cukupla, huhuhu. Ada banyak software lain lagi seperi FeedDemon, FeedDog, Google reader, FeedGhost, Omea, Mindity dan macam-macam lagi, tapi saya gunakan FeedReader sebab macam best pulak. Lagipun tak la makan memory sangat.

Kalau nak senang faham tengokla gambar kat atas post ni. Itu merupakan berita-berita yang saya langgan. Ada Berita Harian, Harakah, SaifulIslam, NST update dan satu berita sukan dari UK, Times Online (ni EPL dengan F1 punya hal la ni!). Yang bestnya, tak payah klik pda laman web dia, tengok je feedreeder tentang berita-berita yang telah kita langgan. Kalau kita suka kita klik pada ringkasan, tak suka tak payah klik. Yang penting tak bazir masa tau, benda ni load time dia lebih laju dari web browser sebab tak melibatkan gambar. Lagipun orang yang sibuk macam saya ni (ye ke sibuk?), baca ringkasan pun cukup la dulu. Kalau berita penting terus la baca, berita biasa-biasa baca waktu free je la.

Contoh, lihat pada gambar di atas tentang ringkasan Berita Harian Utama, salah satunya Mahathir keluar Umno, kalau kita klik pada ringkasannya, berita penuhnya termasuk gambar sekali keluar. Lihat gambar di bawah.


Cara hendak langgan RSS feed ni mudah je, lihat pada logo di bawah ni ni pada certain web --> dan klik je. Kalau tiada logo tu, tiada la RSS feed selalunya.
Lagi satu yang paling best, Feedreader ni free, bukan trial version dik!

Kalau nak download klik je link ni: Feedreader 3.12.

Ok, selamat mencuba. Wassalam.

P/S: Kalau gambar di atas nampak blur, klik je pada gambar tue. Gerenti terang punya la, sebab resolution dia 1024 x 768.


Wednesday, May 21, 2008

Kenyataan Tun Dr. Mahathir

Pengumuman Keluar Dari UMNO





Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.


Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

Dipetik daripada : Blog rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir keluar Umno!!!

May 19, 08 12:12pm

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum itu, semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya, beliau mencadangkan Ketua-ketua Umno cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehinggalah perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Katanya, ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan Umno Disember ini, Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.

Beliau terus membuat pengumuman keluar parti apabila salah seorang hadirin mencabarnya membuat pengumuman itu.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan hadirin yang kebanyakannya ahli Umno Kedah di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star hari ini.

Dalam reaksinya, seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid, yang merupakan penyokong setia Dr Mahathir dan bekas menteri besar Kedah, turut mengumumkan keluar parti.

Dr Mahathir juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai eluar dari Umno)," katanya.

Dr Mahathir turut menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

'Untuk kepentingan keluarga'

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.

"Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lalu. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

'Halang jumpa saya'

Bernama pula melaporkan Dr Mahathir turut mengajak ahli Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.

"Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya," tambahnya.

Bekas Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa kerana ahli Umno masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpa dengannya.

"Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli Umno dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa," katanya.

Beliau berkata, tindakan kepimpinan Umno itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan Umno sebagai tidak demokratik.

Ikut jejak

Ketika diajukan soalan oleh pemberita mengenai tindakannya itu akan membuat orang lain mengikuti jejaknya, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak peduli kerana saya pun disekat daripada berjumpa dengan ahli-ahli Umno."

Beliau juga yakin bahawa tindakannya meninggalkan Umno tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu.

"Saya pernah dibuang dari Umno, (dan) politik Melayu tidak hilang. Kalau orang Melayu hendak betulkan, bukan kerana (tindakan) saya keluar. Kalau mereka berani hendak pelihara parti dan perjuangan parti mereka harus berani bertindak," katanya.

Dr Mahathir juga sekali lagi menegaskan bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai perdana menteri bagi memastikan survival Umno dan jika perlu ahli Umno boleh membuat undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletak jawatan.

Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar Umno) bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abdullah, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa".

Siasatan peguam negara

Ditanya adakah tindakannya keluar dari Umno mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V.K Lingam, Dr Mahathir menafikannya.

"Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah janganlah tangkap saya juga," katanya sambil ketawa.

Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan; dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin serta Dr Mahathir.

Di akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan sahaja tidak mempertahankannya, sebaliknya turut mengkritiknya.

"Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya," katanya kesal.

Di majlis itu, Dr Mahathir dalam ucapannya selama sejam turut menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin antaranya berhubung pengganti Abdullah dan langkah memulihkan kuasa politik Umno.

Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya sistem kuota kelayakan untuk bertanding jawatan penting pada perhimpunan agung Umno Disember ini dimansuhkan melalui persidangan mesyuarat khas parti.

PM paling lama

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.

mahathir and umno 190508Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.

Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.

Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.

Dasar Ekonomi Baru

Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

Dipetik dari Malaysiakini

Hmm, berita ni sangat mengejutkan. Apa telah terjadi dengan tanah air ku ini? Kesan dari peristiwa ini, indeks saham BSKL jatuh sedikit.....alahai (Saya bukan pemilik saham pun sebenarnya, tapi saje tunjuk concern, hehehe). Tapi ape yang menarik perhatian saya, menurut Dato' Shahrir Samad (baca kenyataannya di sini) jikalau keadaannya meruncing sehingga melibatkan ahli-ahli parlimen UMNO, pilihanraya mungkin akan diadakan semula untuk kerajaan mendapatkan mandat baru yang lebih kukuh. Dato' Husam Musa selaku Naib Presiden Pas pula sudah meminta agar petugas-petugas Pas bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya semula. Wah, berpesta la lagi Malaysia nampaknya. Ini bukan lagi tsunami politik, ini taufan Nargis dah!

Selamat Hari Jururawat Sedunia

Lepas hari ibu, ade hari jururawat lak. Lepas ni ade hari guru.Mcm2 hari ader kn? Jadi di kesempatan ini,kepada semua nurses dan adik2 student nurse selamat hari jururawat saya ucapkan. Pelik jugak kan,hari nurse ade, hari doctor xde, tahu x kenape? Hmm, kalu nk tahu International Council of Nurses(ICN) sejak 1965 lagi dah rancang hari nurse sedunia ni. Tarikh 12 Mei dipilih sbb tue tarikh lahir Florence Nightingale,pengasas modern nursing.
Ape kena mengena dgn hari doktor lak? Senang je nk citer, persatuan doktor taknak buat, takdela hari doktor, hehehe.



Apepun hari jururawat ni mcm hari2 sambutan yang lain diadakan untuk mengenang jasa mereka yang tidak ternilai dalam bidang perubatan terutama dalam jage org sakit. doktor2 jage gak tapi xdela mcm nurse jage, betul x? Tu yang penting nurse ni perlu ade sifat sabar dgn karenah pesakit, tabah bila kena marah dgn patient ke, KJ ke, dr ke, dan kena kuat( of course la, nak angkat patient2 ni,nk tolak troli2 bkn ringan dik ooii).Tue yang saya cukup respect dgn diorang nie.

Tapi yang penting bagi bakal dr ni nk tahu aper? Signature la, ape lagi untuk procedure....tue yang buat akak2 nurse nie penting.lg 1 blh la diorg ajar procedure kt kiter,inform ttg pkmbgn patient, takpun blh la ajak teman borak bila bosan dalam wad tue, layann...

However sedih jugak, bile ade nurse yang sombong, asyik nak marah jer(mood swing la nii!), mintak tolong tak blh, busy la aper la...alahai, kite paham la dgn beban kerja yang ditanggung tapi jgn la sampai marah2, tunjukkan emosi. kalula budak medic ni tak tunjukkkan self-respect pd nurse, cakap pun macam berlagak je, memperlekehkan nurse yang ade, sombong, mmg patut budak2 medic ni kena ajar cikit,jgn layan diorg nie...tapi, kalu la yg medical student tue bersopan-santun, baik, respect dgn nurse, takkan nk marah gak! Biar Betul! Jgn la mcm tue kak! Lagila medical student ni marah, last2 simpan dendam, nnti jadi dr nnti, diorang buli nurse blk..kan susah.

Saya terkena gak dulu masa exam psychi, tgh exam nk mintak la tlg adik stdnt nurse ni, tapi dia buat muka masam dia sound kite srh buat sendiri (cis,ni memang nk kena ni,siap la awak, aku akan ingt benda ni bile aku keje nnti)...nasib baik la ade adik nurse lain yang tlg,dia mmg baik, sampai sekarang teringat ttg kebaikan dia. Malangnye tak tanye lak name dia, ishh, rugi betul. So kalu ade sape2 yang kenal dgn adik nurse ni tlg infom kt sy, sbb sy nk blanjer dia mkn,hehehe. Betul ni! Takpun hadiahkan dia coklat.

Hmm, teringat dulu waktu thn pertama di HUKM, baik giler la akak wad surgeri tue sbb ajar mcm 2 procedure, so waktu hari jururawat tue sy beli 2 kotak wafer yg best la, pastu sy bg dia satu(1 lg simpan la, utk mkn2, sy suka wafer gak, hehehe), bgs giler la akak tue, sejak ari tue dia byk la tlg kitorg ni yg sy rasa x cukup utk dinilai dengan sekotak wafer yang berharga RM 6.

La dah panjng sgt dah ni, mulanye nk wish selamat hari jururawat jer, tp jd esei pulak.Apapun kebanyakan jururawat ni memang baik2 dan best blake,sikit jer yg ade perangai yg anoyying ni (lbh kurang 8.465% la), jadi tak heran la ramai lecturer2, senior2, kwn yang sangkut dgn diorg ni. Mmg sesuai la nk buat isteri, hehehehe. Kepada kwn nurse saya slamat hari jururawat saya ucapkan. Maaf la x dapat celebrate same korg sbb kena attach kt HKL for dermato. Ok, jumpa lg... Wassalam.

P/s- Hmm, maaf atas gaya bahasa yang saya nukilkan, post di atas saya buat untuk kawan-kawan saya di friendster sempena hari jururawat sedunia pada 12 Mei. Jadi banyakla 'shortform' dan bahasa 'sanskrit'yang saya gunakan. Memang merapulah jadinya...

Soccernet's Top Story