Dilarang memberi makanan kepada haiwan di sini...


Monday, May 26, 2008

Mari main masak-masak (Style orang bujang)

Saya suka memasak. Saya ingat dulu waktu saya kecik-kecik rancangan favourite saya dulu mesti rancangan masak-masak terutama dengan Chef Wan. Betapa terpengaruhnya saya pada waktu itu sampai pernah bercita-cita nak jadi tukang masak, tapi apakan daya....

Apabila saya sudah menjangkau dewasa, tiba-tiba minat saya terhadap masakan, makanan dan seangkatan dengannya kembali terserlah. Ye lah, nak main futsal sekarang ni orang ramai. Nak jogging tak larat (maklumlah dah tua, long distance ni kurang sikit la). Nak main game, lalai pulak. Ditambah pula dengan pengaruh siri Iron Chef, anime Cooking Master boy, filem God of Cockery, hai....keinginan memegang kuali makin membara. Dengan faktor harga makanan dunia melonjak naik, menguatkan lagi keazaman saya untuk memasak. Jimat duit dan sedap (tak sedap pun bedal je la, hehehe).

Di sini saya upload gambar beberapa hidangan yang saya anggap bolehla untuk dikongsi. Makanan orang bujang, apa sangat la nak dibanggakan. Tapi memandangkan banyak wanita hari ini tak pandai masak (bukan semua tau!), tahu makan je, maka saya anggap pencapaian saya ini dah kira gempak dah, hahahaha.

Makanan yang saya masak ni memang takde decorate apa-apa pun, ye la orang bujang. Prinsip orang bujang ni, asalkan boleh makan sudahla. Guna pun pinggan yang sama je (tak mampu la nak beli pinggan mahal-mahal!). Setakat ni, Alhamdulillah saya dan tukang-tukang rasa bertauliah yang saya lantik, tak pernah lagi la masuk wad sebab keracunan makanan.

Beberapa hidangan yang saya bolehla anggap 'karya agung' saya :


Rojak Ramly bersama gembala


Sup Cendawan Tiram Si Gembala


Steak Gembala dengan Sos Lada Hitam Manis


Ayam Goreng Perasa Ikan Bilis Lobak Merah +
NasiLetak Kicap + Sushi Octopus


Belut dan Cencaru Goreng Rempah Khas Gembala


Stew Daging Campur Berempah Style Gembala


Steak Gembala Bersama Sos Kacang Panggang dan Jagung


Steak Gembala bersama Sos Limau Nipis


Kalau tengok rupa, apa sangat la hidangan saya ni kan? Tak kisah la, sekurang-kurangnya kalau isteri saya di masa akan datang nanti (hmm, sape lah orangnya?) tak sihat ke, tak larat nak masak atau masak pun tutttttttttttt, boleh la saya masak. Cuma jangan mak saya tahu sudah la, kalau tahu nanti, dapat worst nightmare la isteri saya tu hehehe.

Ok, nanti kalau ada masa, saya akan describe hidangan saya bersama resipi-resipinya sekali. Wassalam.

2 comments:

Salsabila said...

first, sy tergelak besar tengok entry ni. bukan ape, lawak betul nm2 hidangan tu. tp anda mmg kreatif. xsangka mcm2 hidangan dh berjaya dimasak di bilik anda. so i'm looking forward to hear the recipe from u...

p/s: hulur2 la sikit 'karya agung' anda ke sini. hehe~

Gembala Kambing said...

InsyaAllah, pak cik akan share 'karya agung' pak cik selepas pak cik balik dari Hospital Teluk Intan nanti. tu semua resipi spontan jer. Bagi orang bujang macam pak cik ni(ehemmm!!),tiada istilah kreatif, asalkan kenyang dan x sakit bila makan sudahla, hohohoho

Soccernet's Top Story