Assalamualaikum, selamat bertemu kembali setelah saya berjaya menamatkan 'pertapaan' saya selama seminggu di Teluk Intan atau nama asalnya Teluk Mak Intan. Banyak juga peristiwa menarik yang boleh dikongsi sepanjang saya di sana. Tapi hari ini, saya cuma ingin mewartakan suatu peristiwa yang bersejarah dalam hidup saya.
Apa peristiwanya?
Errr (perlu disebut dengan nada yang berat hati), buat pertama kalinya dalam sejarah, saya bersarapan dengan Bihun goreng yang hangus, oh sedihnya! (Untuk mendapatkan 'feel', saya menasihatkan agar ayat ini dibaca dengan gelengan kepala). Ulangan, Bihun Goreng Hangus!
Asalnya, saya bolehlah dikatakan berjaya memasak Bihun goreng resipi gembala yang dilimpahi dengan rencah-rencah seperti daging, pedal ayam (untuk memberikan sensasi mengunyah), sosej, sawi bunga (mahal la sayur ni!) dan yang istimewa sekali isi kupang. Rasanya, memang istimewa, ditambah pula dengan kemanisan kupang, hmm lazat! Bihun ni saya sediakan untuk makan malam bersama sahabat-sahabat dan selebihnya untuk sarapan. Untuk makan malam, Alhamdulillah, habis...... tak sia-sia saya penat masak setelah habis on-call.
Tentang sarapan ni sedih sikit. Setelah selesai Solat Subuh di surau (Alhamdulillah, berjaya juga melawan keinginan untuk tidur walaupun dengamn dugaan Euro 2008 di pagi yang amat dingin), saya pun memanaskan Bihun goreng style gembala tadi. Dan seperti biasa, rutin saya setiap pagi ialah membaca berita-berita online yang saya langgan melalui RSS Feed. Berita hari ni memang menarik, SAPP, sebuah parti komponen BN di Sabah menyatakan bahawa mereka telah hilang kepercayaan pada PM kita. Wah, sekarang ni banyak dengan kejutan. Belum lagi berita Euro 2008 ni, terkeluarnya France dari saingan, dan komentar pra-perlawanan QF, Portugal-Germany.
Sedar, tak sedar saya terbau suatu yang hangit dan enak (cuba la bayangkan bau hangit+enak, bagaimana ye). Secara automatik, saya terus keluar dan mematikan suis multi cooker saya. Nasib baik saya dapat bertindak awal. Hasilnya, separuh daripada Bihun goreng saya sudah bertukar menjadi hitam keperangan. Kalau lambat bertindak, makan biskut la saya pagi ni!
Dengan kos makanan yang sangat mahal sekarang ni, saya ambil sudu dan jamah sedikit. La, sedap lagi Bihun goreng ni rupanya, rangup betul di sesetengah bahagian. Akhirnya dalam 5-6 kelip mata, 'clear' juga Bihun Goreng hangus saya dilengkapkan pula dengan jus blackcurrant dan Aloevera. Alhamdulillah, suatu nikmat yang tidak terhingga.
Kesimpulannya, walaupun saya cuba berdikari, cuba menjadi lelaki bujang yang serba boleh, masih juga terdapat perkara-perkara yang meninggalkan ruang-ruang kosong dalam sanubari saya. Susah juga hidup bujang ni, ye mak! Ni menandakan, sudah hampir masanya saya perlu mencari seseorang untuk mengisi lompang-lompang kosong dalam hidup saya ni. Tapi ada ke orang yang hendakkan saya ni? Nak kahwin mahal, banyak sangat ke duit saya ni? Apa harta yang saya ada? Arghhh, timbul pula seribu satu persoalan yang membuatkan saya kembali berduka. Sabar, sabar.
Dilarang memberi makanan kepada haiwan di sini...
Thursday, June 19, 2008
Sarapan Hari Ini- Bihun gorengku hangus!
Posted by Gembala Kambing at 9:36:00 AM
Labels: Dapur, Kehidupan, Naluri, Penglipur lara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment