Dilarang memberi makanan kepada haiwan di sini...


Thursday, June 26, 2008

Sisi-sisi gelap PPUKM

Tatkala saya berjalan seorang diri untuk ke wad orthopedik yang letaknya hanya 7 minit berjalan kaki dari bilik saya, terdetak pula di hati untuk merakamkan suasana malam di PPUKM (HUKM). Bukan apa, sengaja untuk bereksperimen dengan kamera digital saya di samping menghilangkan rasa gundah sebab berjalan seorang diri di dalam gelap pekat malam ( Ye la siapa tak takut jalan seorang diri di waktu malam!)

Apalah yang ada pada sebuah hospital untuk dibezakan dengan tempat lain seperti kompleks beli-belah, pasar malam, konsert jom heboh....sunyi, kosong dan hmm, sedikit menyeramkan .
Yang kedengaran hanyalah suara cengkerik bersahutan, deru angin yang mendayu, suara pesakit yang mengaduh kesakitan, tangisan waris pesakit yang kehilangan, siren ambulan yang dari jauh sudah kedengaran.


Di sini saya kongsikan, beberapa pemandangan sisi-sisi gelap PPUKM.....


Pintu masuk belakang Kafe A&E Dept., gambar ni diambil dengan menggunakan flash pada ISO 400 dan tlh di'terangkan' dgn Corel Photo Paint X3, stlh diedit pun masih gelap

Lorong sebelah belakang bilik bedah A&E dept. menuju jabatan radiologi dan juga ke wad-wad.

Lorong yang sama tapi diambil ketika perjalanan pulang drpd wad, lbh kurang pukul 11 mlm.

Tempat letak kereta staf zon C, memang gelap betul, ada lampu pun gelap lagi.

Sebenarnya banyak lagi gambar yang telah saya ambil, tetapi tidak dapat diupload, kerana masalah internet yang agak perlahan pada hari ini. Walau bagaimana keadaan sekalipun, jalan ini lah yang terpaksa saya lalui dalam menghabiskan sisa-sisa pembelajaran saya sebagai seorang pelajar. Anggap sajalah ini sebagai modul untuk menguji kekuatan, keberanian dan kecekalan diri.

3 comments:

Anonymous said...

hehehe..memang gelap pun.seram pun ade tgok tu

ade kwn MA kt emergency dept PPUKM tu..

Firdaus Bin Abd Rahman said...

Heheheh...hati2 berjalan tu. Baca doa banyak. Yang penting jangan cakap besar. Minta perlindungan Allah. INsyaAllah Allah bersama hamba2Nya yang mengingatiNya.

Anonymous said...

saya bukanlah orang penakut. tp bila tgok gmbr gelap2 n sunyi ni, meremang sudaa bulu roma. takutnya 2 taun lagi nanti saya kena melalui lorong2 sebegitu.. huhu..

Soccernet's Top Story