Stik masak penuh punca kanser
Steak Gembala bersama Sos Limau Nipis
Penggemar daging merah dimasak pada suhu tinggi hadapi risiko barah usus: Pakar
KUALA LUMPUR: Stik yang dimasak sepenuhnya mungkin menjadi hidangan yang cukup lazat, namun boleh juga menyebabkan kanser usus, kata seorang pakar.
Perunding Karsinogenesis Alam Sekitar, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika, Prof Dr David M DeMarini, berkata daging merah dimasak pada suhu tinggi mengeluarkan lebih banyak bahan mutagen ke dalam DNA seseorang berbanding pada suhu rendah.
"Daging yang dimasak pada suhu tinggi menyebabkan penggemarnya menghadapi risiko penyakit dikenali sebagai colorectal adenoma. Kajian terhadap 350 sukarelawan di Amerika, mendapati mereka mempunyai lebih banyak bahan mutagen dalam air kencing.
"Kami menghidangkan kepada sukarelawan diet daging merah yang dimasak pada suhu tinggi dan suhu rendah selama sebulan serta membandingkan keputusan kedua-duanya.
"Kajian kami menunjukkan mereka penggemar daging dimasak pada suhu tinggi mempunyai lebih banyak mutagenik dalam air kencing," kata DeMarini yang menyamakan risiko dijangkiti colorectal adenoma dengan kanser usus.
Beliau menjelaskan, mereka yang suka makan daging yang dimasak sepenuhnya adalah enam kali lebih mudah mendapat kanser usus berbanding mereka yang makan daging pada jumlah kecil atau seseorang yang mengambil sayur-sayuran.
Bagaimanapun katanya, antimutagen seperti sayuran 'cruciferous' yang termasuk brokoli, bunga kubis dan kubis serta dadih boleh membantu melindungi tubuh manusia daripada ancaman mutagen yang memudaratkan. - Bernama
Ulasan- Saya suka makan steak, terutama yang saya masak sendiri. Permasalahan sekarang ni ialah bagaimana steak tersebut atau daging merah dimasak. Seperti saya, saya sukakan steak yang half -done ataupun separa masak kerana teksturnya yang lebih lembut dan berjus, bukannya well-done ataupun masak sepenuhnya. Saya juga menggunakan 'pan' yang suhunya sering tidak mencapai tahap yang saya inginkan, apabila suhunya tinggi saja, automatik lampu 'pan' akan padam, macam seterika pula!
Cuma kalau tidak salah saya daging yang masak sepenuhnya pada suhu yang tinggi dapat menghapuskan bakteria yang sedia ada pada daging yang boleh menyebabkan keracunan makanan seperti Salmonella, E. coli, Campylobacter dan sebagainya. Dari aspek yang lain, makan daging yang kurang masak boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit gout. Kalau macam tu, ok lagi dapat gout daripada dapat cancer, ye tak? Hmm, saya tak mampu menjawabnya. Tapi, kalau dah lapar, apa yang terhidang kita ngap je la.
Gembala: Tengahari ni pak cik nak masak Lamb chop lah, hehehe.





0 comments:
Post a Comment